EPP satu komitmen - Easy Payment Purchase ?
Betul atau tidak.
Tulisan dari mentor emas : Tuan Mohd Zulkifli Shafie :
Ini kaedah beli emas secara ansuran dengan Public Gold yang telahpun disahkan patuh syariah. Kaedah ini dinamakan EPP Shariah (Easy Payment Purchase). Ini kaedah yang bagus bagi siapa nak paksa diri dan disiplinkan diri simpan emas setiap bulan. Bila harga emas rendah, ia lagi satu bonus bagi yang beli kaedah ansuran EPP ini sebab seolah-olah kita beli emas pada masa depan dengan harga hari ini yang lebih rendah!
Ciri-Ciri dan Syarat EPP Shariah Public Gold
Secara ringkasnya, inilah ciri-ciri dan syarat pembelian kaedah EPP ini:
- Jumlah minimum pembelian ialah emas berharga RM500. Saya syorkan kalau nak beli kaedah EPP, item paling minimum yang saya cadangkan ialah 1 dinar (4.25 gram). Komitmen bayaran bulanan hanyalah sekitar RM200 sebulan. Bagi item yang lebih kecil, lebih baik beli melalui Akaun Emas GAP. Ia jauh lebih jimat dan berbaloi - kenapa tidak dicadangkan untuk gram yang lebih besar dan sebaliknya dicadangkan buat pembelian mengguna GAP.
Ulasan saya :
Ini adalah kerana,sekiranya pelanggan gagal menbayar bulanan sepertimana yang dijanjikan,pelanggan akan dipulangkan bayaran yang telah dibuat dan dipotong 10 peratus dari keseluruhan bayaran yang telah dibuat.
Jika RM 200 sebulan,dan bayaran dibuat sampai bulan ke 5,bermakna RM 1000 telah dibayar.Jika bulan ke 6 buyaran tak dapat dibuat,bayaran dikembalikan dengan dipotong sebanyak RM 100.
Bagaimana jika bayaran keseluruhan RM 5000 ? RM 500 akan ditolak.
Comments
Post a Comment