Kredit dari : Azharul Adha Bin Dzulkarnain
Saya
percaya, ramai yang pernah dengar akan Ar-Rahnu ini. Tapi tahukah anda maksud
sebenar dan konsep di sebalik Ar-Rahnu ini?
Apa kita kita sama-sama belajar dan fahamkan apa yang dimaksudkan dengan
Ar-Rahnu.
Apa Itu Ar-Rahnu?
Ar-Rahnu adalah satu Skim Pajak Gadai Islam yang berlandaskan shariah.
Perkataan Ar-Rahnu adalah berasal daripada bahasa Arab (Rahn) yang membawa
maksud gadai.
Objektif Ar-Rahnu adalah sama dengan pembiayaan peribadi, iaitu untuk
mendapatkan wang tunai tetapi dengan mencagarkan emas. Sekurang-kurangnya
peminjam tidak begitu terbeban jika tidak mampu membayar semula pembiayaan
kerana telah dicagarkan dengan emas.
Ar-Rahnu
Semakin Meluas
Pada masa sekarang, bank dan koperasi juga ada menawarkan Skim Ar-Rahnu
ini. Apa yang untungnya, peminjam tidak dikenakan kadar keuntungan sebaliknya
hanya dikenakan upah simpan, itu pun dengan caj yang minima. Surah al-Baqarah
ayat 283 juga ada menerangkan perihal gadaian ketika berhutang.
Konsep Ar-Rahnu ini boleh dikatakan situasi menang-menang di antara pembiaya
dan peminjam, kerana pembiaya memegang emas milik peminjam manakala peminjam
mendapat wang tunai.
Konsep Ar-Rahnu
Pelaksanaan Ar-Rahnu adalah bersandarkan kepada tiga kontrak iaitu:
1. Qardhul Hasan
Dalam Bahasa Melayu adalah pembiayaan yang tidak mengenakan apa-apa caj selain
daripada pembiayaan yang telah diberikan. Tiada keuntungan yang boleh diambil
oleh pembiaya terhadap peminjam.
2. Wadiah Yad-Dhamanah
Pembiaya bertanggungjawab menjaga emas yang dipajakkan. Jika berlaku sebarang
kehilangan, pembiaya akan bertanggungjawab untuk menggantikan semula emas
tersebut.
3. Al-Ujrah
Di dalam kontrak Ujrah, pembiaya dibenarkan mengenakan sedikit caj sebagai upah
menjaga emas yang dicagarkan. Dalam konteks Ar-Rahnu, Ujrah adalah upah simpan
yang digunakan untuk perlindungan Takaful, gaji pekerja, kos pentadbiran, dan
keuntungan kepada institusi
pembiaya.
Kenapa Ar-Rahnu?
Berikut adalah 4 sebab kita perlu memilih Ar-Rahnu:
1. Proses yang mudah dan cepat
Tiada dokumen seperti penyata bank atau slip gaji diperlukan. Wang tunai boleh
diberikan segera dan amat sesuai jika berlakunya kecemasan.
2. Kurang risiko ‘Non Performing Loan’
Peminjam diberikan masa sehingga 6 bulan untuk menebus kembali emas yang
dipajakkan. Jika tidak mampu, peminjam boleh memanjangkan lagi tempoh lagi 3 ke
6 bulan.
Jika masih tidak mampu, pembiaya akan melelong emas tersebut. Itupun setelah
diberikan tiga kali notis.
Pembiaya akan mengambil jumlah pinjaman + upah simpan daripada hasil lelongan tersebut. Sebarang lebihan, akan dikembalikan kepada peminjam. Ini mengurangkan risiko kepada pembiaya dan peminjam pula tiada risiko berdepan tindakan saman atau bankrup jika tiada kemampuan membayar. Pembiaya akan mengambil jumlah pinjaman + upah simpan daripada hasil lelongan tersebut. Sebarang lebihan, akan dikembalikan kepada peminjam. Ini mengurangkan risiko kepada pembiaya dan peminjam pula tiada risiko berdepan tindakan saman atau bankrup jika tiada kemampuan membayar.
3. Pembayaran yang fleksibel
Apa yang menariknya dengan Ar-Rahnu, adalah pinjaman boleh dibayar secara
ansuran sama ada mingguan atau bulanan. Asalkan bayaran dilunaskan sehingga
tempoh penebusanIni memberikan kelebihan terutamanya kepada peniaga kecil yang
memperolehi keuntungan secara harian.
4. Kadar upah simpan yang sangat minimum Akhir kata, marilah kita manfaatkan kelebihan Ar-Rahnu ini jika kesempitan wang atau memerlukan tunai dengan kadar segera.
Comments
Post a Comment